DARUL NAIM ARCHERY ACADEMY

Darul Naim merupakan sebuah akademi memanah yang melatih atlet dari pelbagai lapisan masyarakat yang majmuk. Tidak berorientasikan keuntungan semata-mata dan bermatlamat membawa anak-anak Malaysia ke mercu tanda kejuaraan dunia. Selain memberi ruang kepada mereka yang kurang berkemampuan namun berbakat untuk diketengahkan. Atas sebab tersebut, setiap tahun kami membawa pelajar dan mereka yang berbakat ke kejohanan terpilih yang sesuai bagi menggilap dan mengetengahkan bakat-bakat ini. Darul Naim Archery Academy dengan rasa rendah hati memohon sumbangan para dermawan yang budiman bagi membantu kami membawa atlet terpilih ke kejohanan dunia di Bangkok pd 9-13 hb Disember 2016 nanti serta dalam masa sama melatih atlet di academy kami di Kota Bharu Kelantan. Kami memohon sumbangan RM 1.00 / Bulan dari setiap rakyat Malaysia yang berbesar hati sudi menghulurkan bantuan ini. Kini para atlet ini bergelut mendapatkan dana bagi menyertai kejohanan tersebut serta membeli beberapa peralatan tambahan.